Nahas Pesawat MU5375 | Sengaja dijunam hingga terhempas - Laporan
  • 2 tahun lalu
Penyiasat dari Amerika Syarikat percaya seseorang di dalam pesawat China Eastern MU5375 dengan sengaja membuatkan ia terhempas sehingga mengorbankan kesemua 132 anak kapal dan penumpangnya, pada 21 Mac lalu.

Wall Street Journal melaporkan, seorang individu atau juruterbang mungkin telah mengarahkan untuk Boeing 737-800 menjunam sehingga ia terhempas.