Sukan SEA | Kok Leong menang emas perseorangan 6-red snuker

  • 2 tahun lalu
Pemain snuker negara Lim Kok Leong memastikan pingat emas sukan sea acara perseorangan 6-red snuker lelaki kekal dalam genggaman malaysia, dengan memenangi pingat itu di Ha Dong Gymnasium, malam Selasa.

Pemain berusia 27 tahun itu mengalahkan Jefrey Roda dari Filipina 5-3 pada perlawanan akhir bagi memenangi pingat emas individu pertamanya di Sukan SEA, selepas acara itu dipertandingkan semula, selepas sembilan tahun.