Kenaikan OPR | Tidak bebankan peminjam, beri manfaat pendeposit

  • 2 tahun lalu
Kenaikan pinjaman Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.0 peratus tidak akan membebankan peminjam walaupun berlaku peningkatan terhadap kadar pinjaman yang perlu dibayar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, peningkatan OPR turut dijangka memanfaatkan deposit yang diwakili sebahagian besar golongan M40 menerusi peningkatan faedah dan keuntungan diterima pendeposit.