ASEAN-AS | Komited kekalkan kerjasama Maritim

  • 2 tahun lalu
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus berpegang teguh kepada aspek pengekalan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini.

Menurut kenyataan visi bersama dikeluarkan sempena Sidang kemuncak Khas ASEAN-AS, komitmen itu termasuk menjaga kawalan dan keselamatan maritim, selain kebebasan navigasi pelayaran dan penerbangan serta penggunaan sah lautan seperti yang dinyatakan di bawah prinsip undang-undang laut (UNCLOS) 1982.