Sukan SEA Hanoi | Nor Sarah cipta kejutan lompat bergalah
  • 2 tahun lalu
Atlet lompat bergalah wanita kebangsaan Nor Sarah Adi mencipta kejutan dengan merangkul pingat emas Sukan SEA di Stadium Nasional My Dinh, sekali gus menamatkan kemarau emas 11 tahun bagi Malaysia.

Atlet berusia 22 tahun itu, yang sepatutnya hanya menyertai acara 4x100m wanita pada penampilan sulungnya di temasya dwitahunan itu, muncul juara selepas lompatan terbaik peribadinya dengan ketinggian 4 meter.
Disyorkan