Aduan Pengguna | Jalan Gerik-Jeli teruk dan tidak selamat

  • 2 tahun lalu
Kerajaan Perak telah membangkitkan isu mengenai keadaan Jalan Gerik-Jeli kepada kerajaan Persekutuan berikutan sering mendapat rungutan daripada pengguna jalan raya sebagai teruk dan tidak memuaskan selain sering berlaku kemalangan jalan raya.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata beliau sendiri mengetengahkan masalah berkenaan dalam mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri bersama-sama Perdana Menteri pada Februari lepas.