HFMD | Kes di Negeri Sembilan naik 25 kali ganda

  • 2 tahun lalu
Kes penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan 25 kali ganda iaitu 1,446 kes sejak Januari lalu, berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Exco Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, S. Veerapan berkata, Seremban mencatatkan jumlah kes paling tinggi sebanyak 834 kes, Port Dickson (184), Jempol dan Rembau masing-masing 140 kes, Kuala Pilah (66), Tampin (53) dan Jelebu (29).

Disyorkan