Banjir Sabah | Keadaan semakin pulih, hanya 685 mangsa di PPS

  • 2 tahun lalu
Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Sabah terus catat penurunan dengan 685 berbanding 707 mangsa dilaporkan pagi Jumaat.

Daerah Tenom terus catat penurunan ketara apabila hanya 333 mangsa daripada 124 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).