Ekonomi | Tambat ringgit bukan langkah terbaik - Gabenor

  • 2 tahun lalu
Menambat ringgit bukan satu langkah terbaik buat negara dalam persekitaran semasa yang mencabar.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepada sentimen pelabur.

Malah, ia bukan sahaja menjejaskan pelaburan langsung asing ke Malaysia tetapi juga membawa kepada aliran keluar modal dari negara.