Banjir Kilat | 42 keluarga dua kampong di Janda Baik dipindahkan

  • 2 tahun lalu
Sebanyak 42 keluarga berpindah ke lokasi selamat selepas beberapa perkampungan di Janda Baik dilanda banjir kilat akibat hujan berterusan sejak malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.27 pagi dan usaha menyelamat dan memindahkan mereka yang terperangkap masih diteruskan sehingga kini.