Halang Tugas Polis | Lelaki dipenjara 12 hari, denda RM10,000

  • 2 tahun lalu
Seorang pekerja penyelenggara dipenjara 12 hari dan denda RM10,000 oleh dua Mahkamah Majistret berasingan pada Selasa, kerana memandu secara berbahaya dan menghalang tugas polis yang mengiringi konvoi Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Erdy Errwan Hamdan, 36 tahun, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar dan Aina Azahra Arifin.