[TERKINI] Gangguan Bekalan Air | Perkembangan ban MADA dan terusan tengah pecah
  • 2 tahun lalu
Kejadian ban Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan terusan tengah yang pecah di kawasan Alor Limpah, Pelubang petang semalam telah menyebabkan berlakunya masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan.

Berdasarkan infografik yang dikeluarkan Syarikat Air Darul Aman (SADA), dua Loji Rawatan Air (LRA) iaitu iaitu LRA Pokok Sena dan LRA Bukit Pinang terpaksa dihenti tugas bagi memberi laluan kepada kerja-kerja kecemasan dimana ianya memberi kesan kepada 75,000 akaun pengguna melibatkan kawasan Kota Setar dan Pokok Sena.

Dan perkembangan terkini, bersama wakil kami di Kedah, Abd Hadi Che Awang yang meninjau lokasi kejadian.
Disyorkan