Serangan Obor-Obor | Pantai Bukit Keluang perlu ditutup sementara

  • 2 tahun lalu
Pihak Berkuasa Tempatan disaran menutup sementara lokasi kejadian dua mangsa disengat obor-obor di Pantai Bukit Keluang, Besut pada Khamis lalu.

Menurut Pensyarah Kanan Bidang Teknologi Alatan Perikanan Dan Ekologi Perikanan Universiti Malaysia Terengganu, UMT, Dr Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz ia bagi memberi ruang kepada pihaknya menjalankan siasatan dan kajian terperinci serta mengelak kes sama berulang.