Bursa Mingguan | Bursa dijangka tidak berubah minggu ini

  • 2 tahun lalu
Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak berubah minggu ini di tengah-tengah sentimen berhati-hati berikutan kebimbangan berterusan terhadap langkah mengetatkan kadar monetari yang agresif oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan unjuran prospek ekonomi suram oleh Bank of England (BOE).

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata bursa tempatan dijangka bergerak seiring dengan ekuiti global yang dijangka tidak menentu dalam tempoh terdekat ini.

Ini kerana bank-bank pusat di seluruh dunia sedang meningkatkan rizab mereka untuk mengekang tekanan inflasi.

Disyorkan