Ringgit Mingguan | Unit tempatan dijangka terus tidak menentu

  • 2 tahun lalu
Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga tidak menentu berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu ini, seiring dengan prestasi mata wang negara pesat membangun lainnya.

Malah, ketidaktentuan urus niaga mata wang itu juga diunjur dipengaruhi oleh langkah monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang lebih ketat selain dasar monetari di negara utama lain seperti China dan Jepun yang menumpukan dasar akomodatif bagi menghidupkan semula ekonomi masing-masing.