PRU15 | PBS akan tentukan hala tuju politik bersama GRS

  • 2 tahun lalu
Parti Bersatu Sabah (PBS) akan menentukan aspek kerjasama politik parti itu apabila tiba masanya.

Presidennya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, buat masa ini, pihaknya akan menumpukan kepada kerjasama sedia ada bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, katanya, sekiranya mereka gagal mencapai konsensus, pihaknya akan membuat keputusan mengikut kepentingan parti.