Jeti Runtuh | Tidak sempat selamatkan rakan lain

  • 2 tahun lalu
Insiden dua remaja lemas akibat terjatuh dari jeti di Kampung Gading-Gading, Semporna Selasa lalu, disifatkan satu kejadian yang tidak disangka.

Bagi adik salah seorang mangsa yang maut, Ariansyah Mukhdir berkata, dia menyaksikan kejadian itu di depan mata, apatah lagi dia merupakan individu yang mahu merakam gambar arwah abangnya.

Katanya tiupan angin laut ketika itu agak kuat, sebelum pondok jeti tersebut runtuh secara tiba-tiba.

Disyorkan