Teknologi | Swifty Solusi penyedia dan pencari perkhidmatan

  • 2 tahun lalu
Kosong pengetahuan dalam koding, tetapi itu sama sekali tidak menghalang kemahuan sepasang suami isteri untuk menceburi bidang berkenaan.

Berbekalkan pengetahuan yang diperolehi daripada YouTube dan Udemy, Alfina Nur Bashir dan suaminya Emad Nurdin Morshidi nekad membina sebuah aplikasi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan.

Mengambil risiko sewaktu ramai dalam kalangan rakyat tersekat di rumah dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan pada 2020, kini aplikasi Swifty dan Swifty Pro itu sudah mempunyai 22 ribu jumlah muat turun.

Disyorkan