Masjid dan Surau | JAWI umum kelonggaran baharu SOP
  • 2 tahun lalu
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memaklumkan beberapa ketetapan baharu berhubung kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan berkuat kuasa Isnin, 2 Mei.

Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail dalam kenyataan berkata, ketetapan baharu itu bagi menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan kelonggaran SOP di masjid dan surau.
Disyorkan