Gangguan Air | Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya 3 petang

  • 2 tahun lalu
Bekalan air di kawasan terjejas berikutan insiden pencemaran di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, dijangka pulih sepenuhnya 3 petang ini.

Air Selangor dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan ini susulan kerja pembersihan dan proses rawatan air di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih telah mencapai tahap 59 peratus setakat 9 malam.