Menjelang 1 Syawal | Perantau teruja pulang ke kampung berhari raya

  • 2 tahun lalu
Selepas dua tahun tidak dapat merasai kemeriahan berhari raya di kampung halaman kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP, sudah tentu ketibaan Aidilfitri tahun ini sangat mengujakan kerana dapat berkumpul bersama sanak saudara.

Walaupun pihak berkuasa menjangkakan jalan-jalan utama seperti Lebuh Raya Utara Selatan akan berlaku kesesakan kerana bakal digunakan lebih dua juta kenderaan, ia bukan halangan untuk perantau balik ke pangkuan keluarga dan beraya di kampung.