Sisa Domestik | Peratusan sisa plastik meningkat sepanjang Ramadan

  • 2 tahun lalu
Sisa makanan dan plastik sekali guna punca kenaikan 25 peratus sisa domestik di ibu negara tahun ini, khasnya dalam musim Ramadan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd Zain Hassan, ia melibatkan peningkatan lapan ribu tan metrik dalam kutipan sisa pepejal.

Ini bermakna, 40 ribu tan sisa domestik telah dikutip berbanding hanya 32 ribu tan tahun lepas.