Klip Video Raya | MCMC panggil individu terlibat pada Selasa

  • 2 tahun lalu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memanggil individu terlibat dalam klip video muzik sempena Aidilfitri dikaitkan dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya pagi Selasa.