[TERKINI] Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin dihukum penjara tujuh hari
  • 2 tahun lalu
Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari berkuat kuasa serta-merta terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah kerana menghina mahkamah berkaitan hukuman penjara bekas isteri seorang ahli perniagaan.

Hukuman tersebut dijatuhkan terhadap Maria Chin selepas mendapati beliau telah menghina mahkamah berkait dengan kes membabitkan pengerusi bersama kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin dan bekas isterinya, Emelia Hanafi.