Ramadan | PM rai pengamal media pada majlis berbuka puasa

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meraikan pengamal media termasuk ketua pengarang dan editor pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 700 tetamu daripada pelbagai agensi media antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima, New Straits Times Press, The Star, Sin Chew Daily dan Kwong Wah Yit Poh Press.

Disyorkan