Fizi Ali pelik tiba-tiba muncul cerita mahu rujuk bekas isteri, hanya berhubung sebab anak
  • 2 tahun lalu
MASIH menjalinkan hubungan baik dengan bekas isteri, penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali bagaimanapun menolak dakwaan pernah merancang untuk rujuk semula.

Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 33, memberitahu komunikasinya dengan bekas isteri iaitu pelakon Shakilla

Khoriri lebih tertumpu kepada soal penjagaan anak tunggal mereka iaitu Ameena Sofia.

Fizi nafi wujud perbincangan rujuk semula bersama Shakilla.

"Saya dan Shakilla tidak ada masalah selepas berpisah. Kami selalu berbincang soal anak dan tidak pernah bermasam muka.
Disyorkan