Agihan Kerusi PRU15 | Demi Sabah & rakyat, kata sepakat akan tercapai

  • 2 tahun lalu
Setiap pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat sebagai satu pasukan bagi berbincang mengenai pengagihan kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kata sepakat akan tercapai dalam agihan kerusi sekiranya setiap pemimpin memikirkan kebaikan bersama untuk sabah dan rakyatnya.