Kerjasama GRS-BN | Penting untuk jayakan perancangan kerajaan Sabah

  • 2 tahun lalu
Perpaduan dalam kalangan ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) penting dan perlu diteruskan, bagi memastikan perancangan kerajaan sabah memajukan negeri dan rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata sabah memerlukan kestabilan politik bagi melaksanakan hala tuju dasar pembangunan negeri iaitu Sabah Maju Jaya (SMJ).