PRU15 | Perlu diadakan segera selepas mou tamat Julai ini

  • 2 tahun lalu
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan selepas Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) berakhir pada 31 Julai depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia penting bagi membentuk sebuah kerjaaan yang kukuh dan stabil baik dari segi politik dan ekonomi.

Jelasnya, pada ketika ini, para pelabur melihat Malaysia sebagai 'rapuh' dan kurang yakin untuk melabur di negara ini.

Disyorkan