Masjid Al Aqsa | Malaysia kutuk serangan Israel di Al-Aqsa
  • 2 tahun lalu
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di masjid Al-Aqsa pada Jumaat sehingga menyebabkan ratusan mangsa cedera.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan, tindakan tentera rejim Israel itu merupakan satu tindakan biadab, keji dan tidak berperikemanusiaan terhadap umat Islam palestin yang sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan.