Tasik Kenyir | Longgokan kayu undang risiko bencana

  • 2 tahun lalu
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mahu longgokan kayu di sekitar Tasik Kenyir yang hanyut akibat banjir luar jangka pada Februari lalu dikeluarkan segera dari kawasan pelancongan popular itu.

Kata Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata walaupun sisa kayu itu telah diikat namun pihaknya bimbang jika berlaku insiden kepala air sekali gus akan menyebabkan ikatan tersebut terurai.