OPR | S&P jangka OPR Malaysia naik 50 mata asas 2022
  • 2 tahun lalu
Kadar Dasar Semalaman (OPR) di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 50 mata asas (BPS) atau kurang daripada itu tahun ini disebabkan impak inflasi ekoran krisis Rusia-Ukraine selain tekanan aliran keluar modal, dalam keadaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat cenderung kepada kadar faedah yang lebih tinggi.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi S&P Global Ratings Asia-Pasifik, Louis Kuijs inflasi yang lebih tinggi dan peningkatan kadar faedah amerika amat membebani ekonomi Asia Pasifik.