Dera Isteri | Lelaki dipenjara 10 tahun, empat sebatan

  • 2 tahun lalu
Seorang pemilik restoran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini kerana mencederakan isterinya menggunakan sebatang rotan.

Tertuduh, Mohd Faizal Md.Yusuf, 34 tahun yang juga seorang pengamal perubatan Islam mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.