RUU Lompat Parti | Sidang Khas Dewan Negara esok dibatalkan

  • 2 tahun lalu
Mesyuarat Khas Dewan Negara bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 yang dijadual bersidang pada 12 April, dibatalkan.

Pejabat Setiausaha Dewan Negara dalam satu pekeliling berkata, satu pemakluman berhubung pembatalan persidangan khas itu telah dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku ketua majlis.