MP dipecat tak patut hilang kerusi secara automatik - Muhyiddin

  • 2 years ago
Penggubal undang-undang tidak sepatutnya kehilangan kerusi mereka secara automatik jika mereka dipecat oleh parti mereka, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata jika undang-undang antilompat parti membenarkan nasib seseorang ahli Parlimen ditentukan oleh kepimpinan parti mereka, maka ia mungkin akan disalahgunakan.

Penyelesaiannya kata Muhyiddin, adalah untuk memansuhkan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 di mana seksyen ini menetapkan bahawa sebarang keputusan oleh parti tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah atas sebarang alasan.