Wabak Denggi | Satu kawasan diklasifikasi tidak terkawal

  • 2 tahun lalu
Sandakan dilanda wabak denggi dan kini merekodkan satu kawasan wabak yang tidak terkawal serta meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki.

Pegawai Kesihatan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata, sejak 1 Januari hingga 8 April sebanyak 53 kes direkodkan di daerah berkenaan.

Angka itu bersamaan dengan empat puluh peratus berbanding keseluruhan kes 2021.