Perbicaraan Siti Bainun | 'Saya gigit Bella sebab Siti Bainun suruh' - Saksi
  • 2 tahun lalu
Seorang penghuni Rumah Bonda memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat bahawa dia menggigit perut seorang kanak-kanak perempuan sindrom down dikenali Bella selepas diarahkan pengasas rumah kebajikan itu, Siti Bainun Ahd Razali.

Saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood berkata demikian di hadapan Hakim Izralizam Sanusi selepas dirujuk sekeping gambar kesan gigitan dalam prosiding kes menganiaya dan mengabaikan Bella sehingga mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Disyorkan