COVID-19 | 11,994 kes baharu, R-naught kini 0.83
  • 2 tahun lalu
Malaysia merekodkan 11,994 kes baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4,292,585.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 11,904 kes (99.25%) adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 90 kes (0.75%) adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.
Disyorkan