FBM KLCI | Prestasi minggu pertama dalam suku kedua 2022
  • 2 tahun lalu
Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Khamis dalam dagangan jajaran kecil susulan jualan dan belian yang berselang-seli di kaunter wajaran tinggi terpilih terutamanya saham perladangan, perbankan dan minyak dan gas.

Setakat 5 petang Khamis , petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.93 mata kepada 1,600.79 daripada paras penutup 1,604.72 pada Rabu.