Perairan Malaysia | Pencerobohan nelayan Vietnam berkurangan

  • 2 tahun lalu
Tindakan tegas dan penguatkuasaan yang dilaksanakan Malaysia dan Vietnam menyaksikan penurunan ketara pencerobohan nelayan asing di Perairan Terengganu sepanjang tempoh Januari sehingga 2 April tahun ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata hanya tujuh kes tangkapan nelayan asing direkodkan setakat ini berbanding sebanyak 40 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Disyorkan