Hidupan Liar | Miliki organ penyu, lelaki dipenjara empat tahun

  • 2 tahun lalu
Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen Tawau pada Isnin kerana memiliki organ penyu hijau di Semporna Sabah pada minggu lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud selepas tertuduh, Suryan Sah Mohd Edi, 31 tahun mengaku bersalah.