Langgar SOP | Pemilik kilang papan dikompaun RM10,000

  • 2 tahun lalu
Seorang pemilik kilang papan di Salak Baru, Sungai Siput, Perak dikompaun 10 ribu ringgit kerana beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP penuh tanpa kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI.

Kilang sama juga didapati ingkar perintah tutup oleh mahkamah kerana gagal mematuhi kehendak-kehendak notis menghapuskan bahaya kebakaran dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM.