Program eBelia | Belia Boleh Tuntut RM150 Kredit e-Tunai Hari Ini

  • 2 tahun lalu
Seramai dua juta belia yang memenuhi syarat ditetapkan boleh menuntut kredit e-Tunai bernilai RM150 menerusi Program eBelia yang bermula hari ini.
Menurut Kementerian Kewangan, MOF, peruntukan bernilai RM300 juta disalurkan bagi meringankan beban kewangan golongan sasar, selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dalam kalangan belia dan pelajar sepenuh masa.