Rentas Negeri | Pasangan jarak jauh disaran buat permohonan

  • 2 tahun lalu
Pasangan suami isteri jarak jauh dinasihat segera mengemukakan permohonan rentas negeri kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebelum pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula Selasa depan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, saranan itu dibuat selepas mengambil kira tiada individu boleh keluar rumah tanpa keperluan yang dibenarkan, sepanjang tempoh terbabit.