Penerokaan Angkasa | Prob Tianwen-1 hantar imej dari Marikh

  • 2 tahun lalu
Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA) pada Rabu mengeluarkan imej pertama planet Marikh yang dirakam prob Tianwen-1 semasa dan selepas berjaya mendarat di permukaan planet merah itu. Prob berkenaan menghantar pulang satu klip video yang dirakam kamera pada pengorbit Marikh menunjukkan detik pendaratan dan kenderaan perayau dipisahkan daripada pengorbit.