Tidak Patuh SOP | Malaysia berisiko jadi 'Tsunami' COVID-19 seperti India

  • 2 tahun lalu
Malaysia berisiko untuk menjadi seperti 'Tsunami COVID-19' di India, demikian tegas Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini menjadi benteng terakhir dalam mengekang pandemik COVID-19.
Dr Noor Hisham mengingatkan semua pihak sekiranya benteng tersebut ‘roboh’, Malaysia berhadapan risiko lebih banyak kematian akibat pandemik itu.