Rentas Negeri | Polis berdepan cabaran atasi taktik pemohon

  • 2 tahun lalu
Sejak PKP dilaksanakan di Daerah Kuala Muda pada 1 Mei lalu, terdapat penurunan mendadak jumlah kenderaan yang diperiksa pihak berkuasa di enam sekatan jalan raya di daerah itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah Berkata, hanya sekitar 15,000 kenderaan diperiksa setiap hari berbanding 25,000 kenderaan sebelum itu.
Bagaimanapun, pihaknya berdepan cabaran baharu dalam memberi kelulusan kepada pemohon untuk merentas daerah atau negeri, memandangkan wujud taktik-taktik baharu bagi memanipulasi atau menipu pihak berkuasa.

Disyorkan