Mahkamah | 1MDB, SRC International saman untuk tuntut aset RM96.6 bilion

  • 2 tahun lalu
Sejumlah 22 tuntutan sivil telah diambil oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd terhadap sembilan entiti, dan 25 individu berhubung dana yang telah diselewengkan.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, kementerian kewangan memaklumkan, enam writ saman difailkan oleh 1MDB, manakala 16 lagi oleh SRC International.
Kesemua tuntutan itu adalah untuk pemulangan aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.

Disyorkan