Sistem HIDE | Senarai lokasi tidak adil - Persatuan sektor runcit

  • 2 tahun lalu
Persatuan-persatuan mewakili sektor peruncitan mendakwa senarai lokasi berdasarkan sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) adalah tidak adil, serta mewujudkan ketidaktentuan dan panik.
Jelas persatuan-persatuan tersebut, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) harus menghentikan sementara sebarang pengumuman berdasarkan sistem HIDE sehingga maklumat yang dikumpul lebih tepat dan jelas.