Ramadan | Bertugas demi tanggungjawab dan keselamatan

  • 2 tahun lalu
Meskipun berdepan pelbagai cabaran menjalani ibadah puasa, demi tanggungjawab dan keselamatan rakyat ia terus dilakukan pegawai dan anggota yang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19.
Dan bagi meningkatkan lagi semangat dan motivasi, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim bersama pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) penampang turut bersama berbuka puasa bersama di SJR Pangkalan Polis Babagon.